INFO

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Isnin, 13 Jun 2011

Cara-cara Servis Keyboard

- Mula-mula buka casing yang mengikat kekunci (key) dengan cara membuka skru pada bahagian belakang keyboard.
- Cuci casing tadi dengan menggunakan spray cleaner.
- Selepas itu bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar
tersebut.
- Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan menggunakan spray cleaner.
- Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu dengan menggunakan pemutar skru ataupun test pen.
- Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard dengan menggunakan Spray Video 90.
- Akhir sekali pasangkan kembali casing keyboard dengan mengetatkan kembali skru yang dibuka.

Jenis-jenis Kerosakan Pada Papan Kekunci (Keyboard)

- Antara kerosakan pada papan kekunci yang biasa ditemui ialah kekunci tidak dapat berfungsi.
- Kerosakan seterusnya ialah papan kekunci tersebut seolah-olah gila, iaitu ia mengeluarkan bentuk-bentuk yang tidak difahami atau
berlainan daripada apa yang ditaip ke atas papan kekunci.
- Ini adalah kerana BIOS CHIP dalam papan kekunci tersebut mengalami kerosakan dan keadaan ini tidak dapat dibaiki kerana tidak
mempunyai alat ganti.

Megesan Kerosakan Kekunci dengan Menggunakan Multimeter

Langkah-langkah mengesan kerosakan kekunci dengan menggunakan multimeter ialah:-

a) Buka casing papan kekunci. Laraskan julat multimeter pada julat ohm x 10 ohm. Kemudian letakkan wayar probe multimeter pada
kedua-dua kaki kekunci yang dikhuatiri rosak.
b) Jika kekunci dalam keadaan baik,
Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter akan bergerak ke kanan dan bila kekunci tidak ditekan, penunjuk multimeter kekal
dalam keadaan infiniti.
c) Jika kekunci dalam keadaan tidak baik atau rosak,
Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter kekal pada keadaan inifiniti dan bila kita tidak menekan kekunci penunjuk multimeter
juga dalam kedaan yang sama.
d) Jika sekiranya kekunci mengalami kerosakan, gantikan kekunci tersebut dengan yang baru.

Cara-cara untuk Menjaga Keyboard

Terdapat banyak cara untuk menjaga keyboard supaya ia terhindar daripada sebarang kerosakan. Antaranya termasuklah seperti:-

- Elakkan satu tabiat yang tidak baik iaitu merokok semasa menggunakan komputer.
- Buat ujian dengan menggunakan satu software khas iaitu software Qaplus untuk mengesan kekunci manakah yang kurang baik dan
baiki jika kekunci didapati rosak.
- Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup keyboard.
- Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.
- Semasa membuat pembersihan pada keyboard, keyboard hendaklah diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam
atau di celah-celah kekunci jatuh.

Troubleshooting

Jenis kerosakan: Sebahagian kekunci mengeluarkan aksara yang salah.
Komputer tersalah membaca fail yang betul. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh kecuaian semasa membuat upgraded dari satu DOS version ke DOS version yang lain.

Jenis kerosakan: Paparan skrin ‘Check Keyboard dan Mouse’.
Paparan ini adalah bukan satu kerosakan kerana ia terjadi kerana komputer gagal mencari kod-kod yang yang membolehkan ia mengesan keyboard dan mouse. Paparan di atas juga akan kelihatan sekiranya penguna salah meng’set’kan keyboard AT dengan keyboard XT. Ia juga terjadi disebabkan port untuk keyboard dipasang terbalik. Namun sekiranya keyboard boleh digunakan tanpa masalah, paparan ini boleh diabaikan.

Jenis kerosakan: Satu huruf atau nombor (aksara) terus dipaparkan pada komputer apabila sistem dihidupkan. Mungkin disebabkan oleh kekunci tersebut sentiasa tertekan pada keyboard.
Cara membaiki:
- Buka casing keyboard.
- Cuci bahagian dalam keyboard dan vakum habuk-habuk yang terdapat di dalamnya sehingga bersih.
- Jika terdapat key yang rosak, buat gantian dengan key yang baru.
- Akhir sekali uji keyboard tersebut.

Jenis kerosakan: Tiada nyalaan LED Num Lock, Caps Lock dan Scroll Lock.
Cara membaiki:
- Mula-mula periksa kabel yang menghubungkan keyboard dengan komputer.
- Periksa connector yang menyambungkan komputer dengan keyboard kerana berkemungkinan connector itu longgar.
- Jika connector longgar, cuba ketatkan.
- Jika tiada perubahan berlaku, cuba tukar keyboard tadi dengan keyboard yang baru.
- Jika keyboard baru juga mengalami masalah yang sama berkemungkinan:-
i) Bekalan +5 VDC mengalami kerosakan.
ii) Bahagian dalaman komputer rosak.
Jenis kerosakan: Semua kekunci mengeluarkan aksara salah apabila ditekan.
Kerosakan ini boleh diuji dengan membuat perbandingan dengan keyboard yang baru. Jika keyboard baru berfungsi dengan baik, maka keyboard lama mungkin mengalami kerosakan pada bahagian dalamannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More