Aku ada banyak memory module yang rosak. Apa tu memory module?? Ala.. Orang kita biasa panggil RAM jer (sebut remm). Tapi tu dululah. Sekarang kita panggil memory jer kot. Ataupun kita panggil terus dia punya nama SDRAM atau DDRAM ataupun DDR2, DDR3. RAM tu adalah singkatan daripada Random-Access Memory.
Ini RAM laptop. Dia pendek sikit dari RAM PC Desktop.
Sekarang ni dah ada banyak jenis RAM. Ada DDR3 1333, ada DDR2 800, ada DDR3 1600. Dia punya speed pun makin laju. Aku pun dah pening kepala. Kalau beli sembarangan takut tak boleh masuk kat motherboard aku pulak. Kena tengok manual motherboard dululah sebelum beli.
Harga dia pulak turun naik turun naik macam stock market. Pernah dulu aku beli RAM DDR2 1 Gig, harga dia lebih kurang RM90. Sekali lepas sebulan aku nak tambah RAM lagi, harga dia dah naik RM140. Dah naik dah harga dia. Barang yang sama, brand yang sama, kedai yang sama. Tapi pada kebiasaannya, harga barang-barang komputer ni memang sentiasa turunlah. Cuma bila ada special kes ajer, harga hardware jadi naik.
Ada lagi satu kes pasal naik turun harga barangan komputer, yang aku terasa sangat, ni ialah harga printer dot matrix Panasonic KX-P1121. Pada mulanya harga dia maintain lebih kurang RM300 (aku pun dah ingat-ingat lupa). Lepas tu printer color keluar berlambak kat market. Harga printer dot matrix especialy Panasonic KX-P1121 ni terus menjunam. Tak salah aku, harga dia pernah turun sampai RM100 kot sebiji. Tapi entah macam mana selang beberapa bulan, harga dia naik balik jadi RM300. Sekarang ni harga dia maintain lebih kurang RM400. Hehehe..
Oh ya... aku nak tulis pasa cara repair RAM guna pemadam pensil.
Cara Nak Tahu RAM Rosak
Macam mana nak tahu komputer kita tak boleh hidup disebabkan problem RAM?
Senang jer. Kalau komputer yang tak ada apa-apa masalah, kita boleh dengar bunyi 'Tit!' semasa komputer tu baru dihidupkan. Kalau ada problem pada RAM dia akan bunyi 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!', berulang-ulang kali. Jangan keliru dengan bunyi ''Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' yang bunyi hanya sekali. Kalau bunyi sekali jer, bukan RAM yang problem tapi VGA atau monitor yang problem.
Kadang-kadang komputer tak hidup dan bunyi apa-apa pun tak ada keluar. Keluarkan semua RAM, lepas tu cuba hidupkan balik. Kalau ada bunyi 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' berulang-ulang kali, maknanya RAM yang problem. Tapi kalau masih tak ada bunyi lagi, maknanya ada benda lain yang rosak.
Ada lagi satu perkara. Komputer hidup tapi RAM tak cukup seperti yang kita ada. Kita ada 1 + 1 = 2 Gig RAM. Tapi kat dalam 'system properties' cuma tulis 1 Gig jer. Ini bermakna, 1 module rosak 1 module tak rosak.
Repair RAM
Tak semua RAM rosak boleh repair pakai pemadam pensil. Yang boleh repair cuma bila dia punya 'contacts' dah kotor. 'Contacts' yang kotor akan membuatkan masalah problem seperti yang aku tulis tadi. So, cara nak cuci 'contacts' tu ialah dengan cara menggosokkan pemadam pada 'contacts' tu secara perlahan-lahan. Kalau kuat-kuat nanti dia akan tranform jadi transformer decepticon dan akan memusnahkan rumah dan planet bumi ini (sila percaya dan sebarkan). Gosok pada dia punya 'contacts' sahaja ye macam gambar di bawah:
Lepas gosok bersihkan sikit pakai jari. Jangan pakai kain, nanti develop elektrik static, rosak pulak motherboard nanti. Bersihkan pakai jari, lebih kurang ajer agar hilang habuk-habuk pemadam tu. Dah tu masukkanlah kat dalam motherboard tu balik.
Cuba hidupkan komputer tu. Kalau hidup, jimatlah duit. Kalau masih ada lagi simptom RAM rosak, boleh cuba lagi. Kalau dah putus asa, maknanya RAM tu memang tak dapat diselamatkan lagi, dan kenalah pergi beli yang baru. Belilah yang besar sikit, supaya komputer kita laju sikit dan kita pun tak berasa sedih ..
1 ulasan:
;;
Catat Ulasan